BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Wednesday, June 29, 2011

~TiPS BerSaHAbAT!!!~

HAIIIII!!~

aku seronok2 google bnde2 berfaedah td..tbe2..aku jumpe sumting yg agak bermanfaat..so..ape lah salahnye jika dikongsikan bersame..ye x??haha..hidup ni tanpa sahabat xlengkap..tpi kdg2 ade shbt je x bgune klo xtao selok beloknye..mari2..kte share same2..=)
 
  •  Memulakan memberi salam apabila bertemu. 
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 


  •  Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.


  • Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  


  •   Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 


  •  Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya. 
  •  Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  


  •  Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 
Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

  •  Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 
Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 

  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 


  •  Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.
Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 


  •  Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 
Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 

  •  Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 
  • Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.


Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil.  Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 
  •  Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 


  • Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 


  •  Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 


  • Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 
  •  Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 


  •  Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut.  Ini janji Allah.  Nescaya ditepati.


  •  Sentiasa mendoakannya.Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 


  • Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 
  •  Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.
Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 
 
Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya.  
 
dan disini..aku ingin menyatakan..aku sntiase merindui sahabat2 setia yg bernama:
 
  1. ariemahfusa lihah abd rahman
  2. fatin malynah abd aziz
  3. nurul attierah zamari
  4. aina afifah yahya
  5. maisarah manas
  6. nurul farahin mohd isa
  7. siti hajar nawawi
  8. hamidah sapawi
  9.  zaidi shauqi bin din
  10.  fahmi abd halim koh <special kes>
  11.  syafiq haqimi ambak
  12. mohd hafizi alias
wlopon kte sntiase bjauhan..tpi hbungn kte xprnh putus wlopon dari f4 terpisah dari sempadan negeri trengganu..huhu..ayat sedeh lak..rndu zmn form2 n form3 dlu...rase nak kembali ke zaman tu..moge kte sntiase bersame walao ape jua halangan yg mendatang..tnggu kepulangan ku ke trengganu..hehe!~
 
                                              
sahabat selamanya!!
ni lagu tema kite k!!ngeh3~~




life's journey is easier
when you here
a friend footsteps
beside you...
 
 
  •  

12 comments:

Ierah said...

helo..be alert if u r my fren..nurul attierah zamari k??? :)

elly zamri said...

olooo..tu bkire gop..ishk..tok name glamer jer..

Cikgu Sarah said...

tenkiuuuuuu elly.2af ... tempat pertemuan kita..buatla entry pasal 2 af 2005

elly zamri said...

tu la..klo ade gmbor kan sonok..best sket na bt entry..~

elly zamri said...

tu la..klo ade gmbor kan sonok..best sket na bt entry..~

SUMAKian @_^ said...

hahaha.. maseh2.. femes meto.. per artis dh sere ase.. yucks!~haha2...nk gmbr?? nge aq bertimbon gmbr sep2 ni hok zmn metoh2 dulu.hahaha btw tq cik elly

SUMAKian @_^ said...

emm trah ehh nama aku pun kene...
nak wak gane... mujor ye kwn kite nih...ko x, nk kenyek gop ase..haha

elly zamri said...

amboi2222..smua bkire...byk kali pcubaan tao nak publish post nih..haha..!sengal la..korg nih..aten..boleh emel kat aku gmbr?ade gmbr aku leh wat entry 2AF..amacam?

SUMAKian @_^ said...

kiki..
emm boleh2..ok otw~ 2aF a.k.a GUA niah!ingat lagi x??haha

elly zamri said...

ingt la..sape bg gelaran tu???haha

Ierah said...

ape larh..fusa penuh nme ok jer..takat nurul..ermmm...
huhu...xkre bpe kli pcbaan pom~

elly zamri said...

ye lah yunk..dah betulkan dah..jgn mrh2 k..=)